Happy-Healthy Diet Challenge

Saya yakin ramai kawan-kawan pernah dengar atau pernah buat Intermittent Fasting (IF), Keto Diet, karnivor diet dan macam-macam lagi jenis diet.

Saya nak cerita pengalaman dan percubaan saya sebelum ini. Saya pernah buat IF dan diet sebelum ini. Bermula pada November 2024 dengan berat badan 83.4kg. Selepas 4 bulan saya berjaya mencapai target saya iaitu 70kg. Ya hanya dengan IF + Diet tanpa exercise.

Selepas 4 bulan itu saya tidak lagi berdiet atau buat IF. Kerana apa? Kerana saya dah mencapai matlamat saya iaitu 70kg. Hari ini berat saya dah naik 75kg!

Saya rasa ramai yang ada pengalaman macam saya ni. Malah ada yang apabila dah capai matlamat berat dia meningkat mendadak melebihi berat asal sebelum diet.

Kenapa perlu diet?

Kalau tanya saya simple je. Dengan umur macam saya ni macam-macam risiko penyakit yang akan kita dapat kalau tak jaga makan. Jadi jom lah kita sama-sama jaga makan. Jangan tunggu sakit baru nak bermula.

Kenapa saya buat challenge ni?

Sebenarnya saya nak bermula diet + IF semula. Jadi saya nak mengajak kawan-kawan yang ada niat yang sama untuk bersama-sama dengan saya. Daripada saya buat sorang-sorang lebih baik buat secara berjemaah. Kita boleh kongsi manfaat sama-sama insha Allah.

Apa yang menarik dalam challenge ni?

Ramai orang gagal atau separuh jalan dalam berdiet ni bukan kerana mereka tidak berilmu tetapi kurangnya atau tiada psychological support. Dalam challenge ini insha Allah saya akan bantu dalam aspek psikologi.

Saya juga akan dibantu oleh sahabat saya yang arif dalam bidang nutrition. Yang bestnya dia juga akan sama-sama join challenge. So dalam group ni nanti semua orang berproses bersama.

Bila challenge ni bermula?

Challenge ini akan bermula pada 11 ogos ini. Untuk permulaan ini saya hanya limitkan kepada maksimum 10 orang sahaja untuk bersama-sama dengan saya dalam journey ini.

Bukan program coaching

Saya perlu tegaskan di sini program ini bukanlah program coaching. Saya bukan coach anda dalam program ini dan bidang kesihatan ini bukanlah bidang saya. Kita sama-sama challenge diri kita untuk menjadi lebih baik dalam program ini.

Kena bayar ke?

Program ni PERCUMA. Tiada sebarang yuran yang dikenakan. Program ni adalah program santai-santai je.

Macam mana nak join?

Boleh tekan butang di bawah:


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *