Tentang HappyLife

“Bahagia itu bukan nasib, tapi kesedaran. Dan kesedaran itu tumbuh – bila kita mula mencari.”

HappyLife bukan sekadar satu platform. Ia adalah ruang – untuk pulang ke dalam diri dan kembali kepada pencipta.

Kami hadir bukan sebagai pakar yang punya semua jawapan, tetapi sebagai teman perjalanan.

Kami percaya, ramai orang hari ini kelihatan “ok” di luar, tapi berjuang diam-diam di dalam.

Mereka penat, tertekan, dan hilang sambungan dengan diri – walaupun telah mencapai banyak perkara.

HappyLife diwujudkan untuk membantu anda memahami, menerima dan menyembuhkan diri anda – satu langkah kecil pada satu masa.

Visi Kami

Visi kami ialah sebuah dunia di mana lebih ramai manusia:

  • Hidup dengan kesedaran, bukan keliru
  • Berhubung dengan cinta, bukan kepura-puraan
  • Dan mengejar makna yang sebenar — bukan sekadar kejayaan luaran

Kami percaya, bila seorang individu menemui kebahagiaan sejatinya, dia bukan saja berubah — tapi dia juga menyembuhkan orang lain, melalui kehadirannya.

Misi Kami

Untuk menyebarkan cahaya kecil ini, HappyLife berikrar untuk:

  • Menyediakan konten reflektif yang menyentuh & membina kesedaran
  • Membina komuniti yang menyokong pertumbuhan emosi dan spiritual
  • Menawarkan bahan percuma, eBook dan program yang relevan dan jujur
  • Melatih coach & pendamping yang bukan sekadar mengajar, tapi memahami
  • Menyentuh melalui cerita — bukan sekadar teori

Nilai Kami (Core Values)

Di HappyLife, kami menjunjung lima nilai utama yang menjadi nadi kepada semua yang kami lakukan:

1. Kesedaran Diri – Berani menyuluh ke dalam

2. Kasih & Kemanusiaan – Menerima tanpa menghakimi

3. Komuniti & Koneksi – Tumbuh bersama, bukan bersendirian

4. Refleksi & Pertumbuhan – Belajar daripada pengalaman

5. Kejujuran Emosi – Menyatakan rasa, bukan menafikannya

Siapa Di Sebalik HappyLife?

HappyLife diasaskan oleh Sukri Saad, seorang happiness researcher yang berpengalaman dalam bidang latihan, psikologi positif dan psikoterapi.

Graduan Sarjana Psikologi Industri & Organisasi, UKM dan Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia, UUM.

Beliau merupakan pengasas modul latihan Revolution of Happiness (ROH) dan aktif menulis serta melatih dalam topik tentang kebahagiaan.

“Saya tidak datang dengan jawapan. Saya datang dengan soalan – untuk kita fikirkan bersama.”